SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
TAJUK
: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PARA PELAJAR TINGKATAN 6 MENUKAR ALIRAN DARI
ALIRAN SAINS KE ALIRAN KEMANUSIAAN.
OLEH
: 1) IKMAL FIKRI BIN YAHYA
2)
IZZATUL NADHIRAH BINTI AZIZAN
3)
HAZAMI BINTI HJ. IBRAHIM
4)
NESHALENEE A/P KARTHIGESU
5)MOHD
FITRI BIN RATHUAN
GURU
PENYELIA : ENCIK ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH
PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana telah mengurniakan
kami kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan kolokium sessi 2012 kali
ini .
Di samping itu juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Tuan Pengetua Kanan Smk Kamunting iaitu Tn Hj Harithuddin b.
Satari kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian di luar
waktu persekolahan .
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penyelia kami iaitu
Encik Abdul Rahim b. Abdullah yang sentiasa membantu ,memberi tunjuk ajar dan
bimbingan serta nasihat dalam menyempurnakan kajian ini .
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu ,tidak kira dari segi
sokongan moral mahupun sumber kewangan yang diberikan .Tambahan lagi sentiasa
memberi tindak balas dalam setiap perkara yang kami lakukan .
Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada rakan -rakan yang sudi menjadi
pihak respoden kami dalam menyempurkan kajian metadologi ini .Selain itu kami
berterima kasih kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang maklumat kajian
kami.
BAB
1
PENGENALAN
1.0
PENGENALAN
Senario
masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti
atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam sememangnya realiti. Selain itu,
segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas Tingkatan Enam
hanya membuang masa dan berisiko. Justeru, secara langsung menjadikan Tingkatan
Enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM
melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu
didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan universiti
berbanding Tingkatan Enam. Selain itu kebanyakan pelajar cepat “tergoda” dengan
label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran
pelajar.
Namun
demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini
adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan Enam merupakan salah satu tiket
utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Kenyataan ini disokong melalui
pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menambah tempat bagi
lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi lepasan STPM sesi akademik.
Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum program matrikulasi,justeru ia
mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan
yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi
akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah
perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang
untuk menambah ilmu itu lebih utama.
Secara
keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu sehingga sekarang masih relevan
sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang untuk
pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini. Walau
bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi
oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke Tingkatan Enam. Namun di
sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar
Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan Enam sebenarnya katalisator
dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA
serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Namun,
ada juga yang tidak enak didengar mengenai pelajar-pelajar Tingkatan Enam
contohnya bertukar bidang. Kes ini lazimnya melibatkan para pelajar aliran
sains. Mereka ditawarkan ke aliran sains memandangkan keputusan mereka yang agak
baik serta layak untuk ditawarkan ke aliran sains. Walau bagaimanapun sejarah
lampau barangkali banyak menghantui mereka. Bukan mudah berada di Tingkatan Enam
aliran sains. Jika diimbas kembali pengwujudan pusat matrikulasi serta asasi
sains, fenomena ini ada asasnya. Justeru, ramai daripada kalangan mereka akan
bertukar ke bidang kemanusiaan.
Kajian
ini dijalankan bertujuan untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan para
pelajar Tingkatan Enam gemar menukar aliran apabila masuk ke Tingkatan Enam.
Terdapat beberapa faktor yang di kenalpasti iaitu, faktor persekitaran, faktor
pengalaman lalu, faktor minat dan lain-lain lagi. Oleh itu, melalui kajian ini
kami dapat mengenalpasti faktor utama yang mendorong pelajar Tinkatan Enam
menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia
1.1
DEFINISI KONSEP
Secara
khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti STPM yang
ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran
bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya
sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam.
Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang
meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai
Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.
Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga
tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain.
Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi
sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar
tingkatan .
Mata
pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata
pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik
T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa
iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan
tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan
bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan
dan yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau
bahasa masing-masing bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa
Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan.
Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang
memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej
menawarkan aliran Sains atau Kemanusiaan.
Seterusnya,
definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris
Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh
pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET). STPM
juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk
kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak
universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara
Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM
sama dengan A-level. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia
1.2
MATLAMAT KAJIAN
Penyelidikan
ini bermatlamat untuk mengenal pasti mengapakah pelajar yang dahulunya kekal di
dalam aliran sains tetapi mula menukar ke aliran kemanusiaan apabila memasuki
Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamuntuing. Dahulunya
pelajar-pelajar ini merupakan pelajar aliran sains sewaktu di Tingkatan Empat
dan Lima, namun apabila ditawarkan ke Tingkatan Enam mereka lebih cenderung
untuk memilih aliran kemanusiaan sebagai tiket untuk mereka meneruskan
pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Melalui
kajian yang kami jalankan, kami dapat mengetahui beberapa faktor yang
mengakibatkan pelajar-pelajar Tingakatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting tidak mengambil aliran sains seperti yang telah diambil di Tingkatan
Empat dan Lima.
1.3
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian
ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:
-
Mengenal
pasti tahap pendidikan Tingakatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting
-
Mengenal
pasti bilangan pelajar Tingkatan Enam yang berdaftar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting
-
Mengenal
pasti bilangan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
yang dahulunya mengambil aliran sains sewaktu di tingkatan empat dan
lima.
-
Mengenal
pasti bilangan pelajar Tingkatan Enam yang melakukan pertukaran aliran sains ke
aliran kemanusiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
-
Mengenal
pasti faktor yang yang mendorong pelajar terbabit membuat pertukaran aliran
sanis ke aliran kemanusiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
1.4
PERSOALAN KAJIAN
Sejajar dengan arus ekonomi Malaysia yang sedang membangun, setiap elemen yang
berkaitan dengan daya penggerak industri hari ini perlu diambil kira terutama
dari aspek kualiti dan komitmen tenaga kerja. Malaysia memerlukan gabungan
tenaga sumber manusia yang mempunyai komitmen tinggi, produktif, progresif,
berdaya saing, cekap dan cergas dalam meneruskan aktiviti bagi mencapai matlamat
untuk mencapai Wawasan 2020.
Oleh
sebab itu, kerajaan ingin merealisasikan matlamat “Dasar 60:40 iaitu 60 peratus
pelajar aliran Sains dan 40 peratus Sastera pada peringkat sekolah dan IPT”. Hal
ini bermaksud, kerajaan memerlukan lebih ramai pelajar di dalam aliran sains.
Ini mengakibatkan para pelajar turut menerima kesan. Seperti yang kita sedia
maklum, bukan mudah berada di Tingkatan Enam dalam aliran aliran
sains.
Oleh
sebab itu, para pelajar cenderung menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan
yang pada tanggapan mereka aliran ini lebih mudah berbanding aliran sains. Isu
pelajar menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan kini sudah tidak asing.
Malahan, isu ini menjadi isu globalisasi yang mendorong pihak kerajaan memberi
cadangan akan memberi elaun kepada pelajar yang belajar di dalam aliran sains.
Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti beberapa persoalan dan
kemusykilan. Antara persoalan yang dititikberatkan di dalam kajian ini
ialah:
-
I.
Mengapakah
pelajar Tingkatan Enam diberi kelonggaran untuk memilih aliran mereka?
-
II.
Mengapakah
ramai pelajar hilang minat terhadap aliran sains?
- III.
Apakah
yang mendorong mereka melakukan penukaran aliran?
- IV.
Mengapakah
aliran kemanusiaan menjadi pilihan mereka?
1.4
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan yang
menyebabkan para pelajar sering menukar aliran. Panduan ini boleh digunakan
untuk menentukan minat para pelajar ke atas sesuatu aliran yang ditawarkan. Oleh
yang demikian, pihak sekolah dapat merancang lebih awal tentang pemilihan aliran
bagi mudah untuk membahagikan kelas.
Kajian ini juga amat penting kepada guru-guru hal ini kerana untuk memudahkan
mereka untuk mengajar para pelajar yang berminat untuk mengambil aliran yang
telah ditetapkan. Kajian ini juga boleh diguna kan sebagai panduan oleh pihak
kementerian pendidikan untuk menentukan pakej-pakej penkhususan bidang atau
mata-mata pelajaran tertentu mengikut aliran.
1.5
BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi
tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain
itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para pengkaji dari segi kos
dan logistik. Kajian ini terbatas kepada aspek yang dikaji dan berpandukan soal
selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih
sahaja. Namun, para pengkaji tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan
sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan
di dalam soal selidik yang digunakan.
Rumusan
Bab
1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh latar belakang penyelidikan. Sementara
kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data dan
bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan penyelidikan. Cadangan
cadangan untuk memperbaiki mutu penyelidikan turut dikemukakan dalam bab
tersebut.
BAB
3
METODOLOGI
KAJIAN
3.0
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada pertukaran
aliran sains kepada aliran kemanusiaan dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Bab ini mengemukakan metodologi kajian
yang meliputi reka bentuk kajian, skop dan had kajian, alat kajian, subjek
kajian, prosedur/tatacara kajian dan analisis data
3.1)Rekabentuk
Kajian
Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji
menggunakan
satu
set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi
mengumpul
maklumat
berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam
membuat penukaran aliran sains ke aliran kemanusiaan. Oleh kerana populasi
kajian adalah seramai 41 orang pelajar tingkatan 6 yang menyertai kajian
ini,maka pengkaji telah memilih kesemua responden dalam kajian ini. Kesemua
responden kajian telah dikenalpasti mempunyai pencapaian akademik iaitu Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah.
3.2)
Skop dan Had Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi
tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain
itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para pengkaji dari segi kos
dan logistik. Kajian ini terbatas kepada aspek yang dikaji dan berpandukan soal
selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih
sahaja. Namun, para pengkaji tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan
sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan
di dalam soal selidik yang digunakan.
3.3)
Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah soal selidik. Alat ini dibina
sendiri oleh para pengkaji berdasarkan contoh-contoh soal selidik yang pernah
digunakan. Pengubahsuaian terhadap contoh-contoh soal selidik dibuat agar
menepati objektif kajian yang dilakukan.
Soal
selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian 1: Maklumat diri pelajar dan
Bahagian 2: Faktor yang mendorong pelajar terbabit menukar aliran sains ke
aliran kemanusiaan. Keseluruhan Bahagian 2 mengandungi 7 soalan.
3.4)
Subjek Kajian
Seramai 40 orang pelajar tingkatan 6 dijadikan sampel kajian telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 14 orang (34.15%)
pelajar lelaki manakala seramai 27 orang (65.85%) pelajar perempuan. Julat umur
pelajar yang terlibat pula adalah antara 19 hingga 21 tahun. Responden terdiri
daripada etnik Melayu dan Cina,. Pelajar yang beragama Islam adalah seramai 40
orang (97.56%), dan 1 orang (2.44%) beragama Buddha.
3.5)
Prosedur Kajian
Satu
kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk kajian ini iaitu:
(a)
soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai alat untuk mendapatkan data dan
seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.
Kesimpulan
Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah kajian. Lima perkara
yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu reka bentuk
kajian, skop dan had kajian, alat kajian, subjek kajian dan prosedur
kajian.
BAB
4
DEMOGRAFI
4.0
DEMOGRAFI
4.1 Pengenalan
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan responden terhadap kajian mengenai Faktor
Pelajar Menukar Aliran Semasa di Tingkatan 6. Maklum balas responden melalui
soal selidik dikumpul dan dianalisis. Secara amnya, hasil analisis dibentang
dalam dua bahagian iaitu dapatan mengenai latar belakang dan faktor terbesar
yang menjadi pendorong pelajar menukar aliran sains ke aliran
kemanusiaan.
4.2
Latar Belakang Responden
Responden
penyelidikan ini terdiri daripada 41 orang pelajar Tingkatan 6
Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan
tentang
latar belakang responden menunjukkan 34.12% responden adalah pelajar lelaki
dan
65.85%
adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar
aliran
kemanusiaan,
berbagai bangsa yang sedang menduduki STPM.
KEPUTUSAN
KAJIAN
4.3
Analisis Statistik
Analisis
statistik dibuat untuk menentukan tahap faktor. Analisis adalah berdasarkan
respons yang diberi. Mengikut faktor yang telah diberi iaitu ibu bapa serta
pengalaman lalu dan minat. Analisis statistik ditunjukkan :
Faktor
Desakan Ibu Bapa
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
3
|
11
|
Perempuan
|
4
|
23
|
Jumlah
|
7
|
34
|
Faktor
Pengalaman Lalu
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
2
|
12
|
Perempuan
|
6
|
21
|
Jumlah
|
8
|
33
|
Faktor
Minat Pelajar itu Sendiri
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
14
|
0
|
Perempuan
|
26
|
1
|
Jumlah
|
40
|
1
|
4.4
RUMUSAN
Bab
4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan
responden. Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan
persoalan penyelidikan telah dikemukakan. Rumusan keseluruhan penyelidikan ini
akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5 berikut.
BAB
5
PERBINCAGAN
DAN CADANGAN
5.0
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1
PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan ,merumus keseluruhan data dan juga maklumat yang
telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan kesimpulan
turut dikemukan. Tambahan lagi dalam kajian ini turut dibentangkan ialah
implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu penyedilikan
pada masa depan .
5.2
PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN
Analisis dapatan penyelidikan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang
mendorong para pelajar Sekolah Menengah Kamunting membuat penukaran daripada
aliran sains kepada aliran kemanusiaan . Graf telah digunakan untuk menetukan
faktor yang mendorong para pelajar menukar aliran .Berdasarkan analisis yang
dibuat ,dapatlah dirumuskan bahawa para pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting lebih meminati aliran kemanusiaan berbanding aliran
sains.Ini jelas dibuktikan melalui jumlah pelajar perempuan dan lelaki yang
tinggi berbanding faktor –faktor yang lain.
Berdasarkan
rumusan -rumusan tersebut ,secara amnya didapati bahawa kajian yang dilakukan
ini telah berupaya memberi gambaran tentang faktor-faktor yang mendorong para
pelajar menukar aliran. Oleh yang demikian , para pengkaji berpendapat bahawa
penyelidikan ini telah berhasil memenuhi tujuan penyelidikan yang
dijalankan.
5.3
IMPLIKASI PENYELIDIKAN
Secara amnya ,apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan
terhadap penyelidikan terhadap faktor yang mendorong para pelajar tingkatan 6
menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan .Oleh itu para pelajar tingkatan
6 haruslah didorong dan digalakkan untuk menyertai bengkel atau seminar untuk
mendapatkan pendedahan awal mengenai aliran yang perlu dipilih untuk memasuki
tingkatan 6 berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
mereka.
5.4
CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu
dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan tersebut ,beberapa cadangan telah
dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang
akan datang .Berikut merupakan cadangan-cadangan tersebut :
i.
Bilangan responden ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan
penyelidikan
mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta
signifikannya .
ii
Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas para pelajar tingkatan 6 di
sekolah lain yang mempunyai aliran yang berbeza seperti aliran sains mahupun
aliran agama (STAM) agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi
.
iii
Selain itu juga analisa statistik yang lebih teperinci dengan menggunakan
perisian khusus
seperti
perisian Statistical Package For The Science Sosial atau lebih dikenali sebagai
SSPS haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan
lagi.
5.5
RUMUSAN
Pemilihan
aliran yang betul sewaktu di tingkatan 6 penting untuk memastikan masa hadapan
para pelajar terjamin sekaligus dapat melahirkan para pelajar yang setanding
dengan pelajar -pelajar yang melanjutkan pelajarannya di peringkat antarabangsa
. Dalam perkembangan berkaitan ,para pelajar haruslah menentukan masa hadapan
mereka supaya mereka masa depan mereka terjamin disamping memperolehi matlamat
yang jelasdengan memilih aliran yang sesuai untuk mereka. Pemilihan aliran yang
sesuai untuk mereka amat penting untuk menjadi penentu keberkesanan untuk
memilih kerjaya selepas menamatkan pengajiannya di peringkat STPM. Walaupun
tidak menyeluruh ,hasil daripada penyelidikan ini sekurang -kurangnya dapat
mmemberi gambaran awal untuk memberi pendedahan awal terhadap aliran-aliran yang
sesuai untuk mereka. Hasil analisa dapatan penyelidikan ini juga boleh
digunakan oleh pihak -pihak tertentu untuk membuat perancangan yang lebih
komprehensif agar penyelidikan dapat dipertingkatkan dengan jayanya
.
BAB
6
BIBILIOGRAFI
Bibiliografi
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik Mengenai Sebab-Sebab Pelajar Menukar Aliran semasa di
Ting.6
Bahagian
1:- MAKLUMAT DEMOGRAFI
Sila
respon kepada semua item dengan menanda pada kurungan yang
berkaitan.
1.Umur
:-
2.Jantina:
Lelaki ( ) Perempuan( )
3.Bangsa:Melayu(
) India( ) Cina( ) Lain-lain( )
4.Tempat
tinggal:Bandar( ) Luar Bandar( )
5.Adakah
anda sedang menuntut di Tingkatan 6? Ya( ) Tidak( )
Bahagian
2:- SEBAB-SEBAB PELAJAR MENUKAR ALIRAN TING.6
Selepas
membaca semua pernyataan,sila tandakan jawapan pada ruangan yang
sediakn.
1.Adakah
anda memilih untuk memasuki aliran sains sejak dari tingkatan 4?
YA(
) TIDAK( )
2.Adakah
anda mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kurang
memuaskan?
YA(
) TIDAK( )
3.Adakah
anda tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS dan
sebagainya?
YA(
) TIDAK( )
4.Adakah
anda berpendapat aliran kemanusian lebih mudah daripada aliran sains untuk
dipelajari?
YA(
) TIDAK( )
5.Adakah
anda lebih berminat untuk mempelajari mata pelajaran aliran kemanusian daripada
aliran sains?
YA(
) TIDAK( )
6.Adakah
ibubapa anda menyuruh anda mengambil aliran kemanusian di tingkatan
6?
YA(
) TIDAK( )
7.Adakah
anda memilih aliran kemanusian kerana tidak mempunyai pilihan yang lain?
YA( ) TIDAK( )